Semak Online Saman JPJ Dan PDRM Dengan MyEG

Kali ini admin ingin kongsikan cara mudah untuk semak online saman JPJ dan PDRM hanya melalui portal online sahaja. Dengan mudahnya anda boleh menyemak dan membuat bayaran dengan service yang disediakan di portal ini. Portal yang kami maksudkan adalah service daripada laman MyEg.

Di portal ini ada pelbagai service telah disediakan termasuk juga pembaharuan cukai jalan dan ada juga anda boleh membuat potongan zakat serta pelbagai lagi kemudahan yang menarik.

Portal MyEg ini sangat mudah untuk digunakan dan menjadi kegemaran bagi pengguna atas talian,  untuk membuat semak online saman bolehlah mengikuti langkah-langkah yang diberi seperti berikut :-

  1. Sila layari laman web https://www.myeg.com.my/
  2. Untuk pengguna pertama kali anda perlu membuat pendaftaran di laman web ini terlebih dahulu sebelum menggunakan service dari MyEG ini.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
  4. Klik pada logo berkenaan jika ingin membuat semakan, contoh untuk saman JPJ dan AES klik pada logo JPJ begitu juga dengan Saman PDRM.
  5. Seterusnya, klik butang ‘ SEMAK & BAYAR SAMA ‘ untuk membuat semakan serta membuat bayaran untuk seterusnya.
  6. Selain itu Pihak MyEG ada menyediakan perkhidmatan penghantaran email jika anda mahu mengenai saman baharu dan sebagainya.

Sekiranya Anda Ada Sebarang Perosalan Dan Pertanyaan Boleh Hubungi 03-7801 8888 atau klik pada Contact Us

Author: admin

4 thoughts on “Semak Online Saman JPJ Dan PDRM Dengan MyEG

Leave a Reply