Bantuan Kewangan YBR RM1,000

Bantuan Kewangan YBR RM1,000

Cara Mohon Bantuan Kewangan YBR RM1,000: Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini antaranya Bantuan Kewangan YBR RM1,000.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan YBR yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan YBR yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan YBR RM1,000?

Pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperkenalkan Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program membantu pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.

Bantuan ini adalah berbentuk ‘ONE OFF’ iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohonan.

Kadar Bantuan

Sebelum ini, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang dari Yayasan Bank Rakyat. Kadar bantuan boleh dibaca di pautan berikut: Bantuan Yayasan Bank Rakyat RM 1,000.00

Syarat Kelayakan Memohon

  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  • Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  • Pemohon merupakan pelajar semester 1.
  • Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

Cara Memohon Bantuan Kewangan YBR RM1,000

  • Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan berikut dengan klik ‘daftar’: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/bap-home
  • Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.
  • Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
  • Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.
Author: admin

Leave a Reply