Terkini usaha untuk memastikan diri dan Keluarga Malaysia bebas daripada jangkitan Covid-19, kerajaan akan mengagihkan Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40 yang bernilai lebih RM471.6 juta.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40 itu dirangka oleh pihak kerajaan sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik Covid-19.
Apa itu Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
Pakej Penjagaan Covid-19 ini merupakan inisiatif terbaru bantuan Keluarga Malaysia B40 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas daripada jangkitan COVID-19.
Permohonan Bantuan pakej penjagaan covid-19 (PPC)
Buat masa ini kerajaan belum menetapkan cara memohon PPC ini sama ada perlu mengisi borang tertentu atau dihantar ke rumah masing-masing.
Pun begitu, menurut kenyataan Perdana Menteri;
“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.”
“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.”
“Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.”
Semakan Bantuan pakej penjagaan covid-19 (PPC) Melalui Data BPR
Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 ini.
Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR;
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Tarikh Pelaksanaan / PemberianBantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
Buat masa sekarang, kerajaan belum mengumumkan tarikh pelaksanaan atau pemberian Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.
Ia dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh agensi yang menguruskan bantuan.
Senarai yang ada dalam Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :
- Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
- Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
- 1 pulse oximeter;
- 1 termometer; serta
- Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
Semoga dengan pemberian Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
Kenyataan Media Perdana Menteri berkenaan Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
Sumber: Facebook Pejabat Pendana Menteri