Sebelum anda membuat semakan, kami kongsikan sedikit latar belakang Rilek ini berasal daripada perkataan Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan.
Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (KOMMS) ialah sebuah syarikat konsesi untuk Aplikasi Utama Kerajaan Elektronik Malaysia dari Koridor Raya Multimedia (MSC). Perjanjian ini telah membuka jalan untuk pelaksanaan “Aplikasi Layanan Awam Dalam Talian” di seluruh negara yang dirancang untuk memberikan akses mudah kepada orang ramai ketika bertransaksi dengan Jabatan / Agensi Kerajaan.
Objektif utama KOMMS bagi meningkatkan kemudahan, aksesibilitas, kualiti interaksi antara Kerajaan dengan warganegara, perniagaannya, meningkatkan kepantasan dan kualiti pengembangan, koordinasi serta penguatkuasaan dasar. Oleh itu, salah satu service yang disediakan adalah RILEK yang merupakan portal menyemak dan membayar saman selain MyEG.
RILEK selalu juga memberi potongan harga kepada yang ingin membayar saman bergantung pada syarat semasa. Potongan diskaun terbaru pembayaran saman PDRM melalui portal RILEK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pengguna boleh membuat semakan status saman dan pembayaran di RILEK. Cara-caranya ialah :
- Sila Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
- Membuat pendaftaran sebagai pengguna
- Selepas itu login menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
- Kemudian anda perlu klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
- Selepas itu sila isikan maklumat yang diminta dan klik butang Semak
- RILEK juga menyediakan pembayaran secara atas talian melalui perbankan Internet seperti M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.
Semoga artikel Semak Onlin Saman Dengan Rilek selain MyEG ini bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa, kongsikan buat semua.