Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2019 Malaysia KPM. Pasti ramai ibu bapa dan pelajar yang ingin tahun tarikh cuti sekolah 2019. Berikut dikongsikan Tarikh Cuti Sekolah 2019 ataupun Kalendar Takwim Penggal Persekolahan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Cuti persekolahan merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk melakukan aktiviti seperti bercuti, kerja kahwin dan sebagainya. Takwim Penggal Persekolahan 2019 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh mula dan akhir persekolahan serta tarikh cuti persekolahan setiap penggal persekolahan.
Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2019 Berikut dikongsikan Takwim jadual cuti persekolahan tahun 2019 yang mengandungi tarikh-tarikh penting cuti persekolahan untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal.
1. KUMPULAN A – Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan
Terengganu
- Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2019 sehingga 23 Mei 2019
- Penggal kedua persekolahan : 09 Jun 2019 sehingga 21 November 2019
Tarikh Cuti Persekolahan
- Cuti pertengahan penggal satu (1) : 22 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019 (1
minggu) - Pertengahan tahun : 24 Mei 2019 sehingga 8 Jun 2019 (2 minggu)
- Cuti Tengah penggal 2 : 9 Ogos 2019 hingga 17 Ogos 2019 (1 minggu)
- Cuti Akhir Tahun : 22 November hingga 31hb Disember 2019 (5 minggu)
Maklumat lanjut sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A di bawah ini :-
2. KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan
- Penggal pertama persekolahan : 2 Januari 2019 sehingga 24 Mei 2019
- Penggal kedua persekolahan : 10 Jun 2019 sehingga 22 November 2019
Tarikh Cuti Persekolahan
- Cuti pertengahan penggal 1 : 23 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019 (1 minggu)
- Pertengahan tahun : 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019 (2 minggu)
- Cuti Tengah penggal 2 : 10 Ogos 2019 hingga 18 Ogos 2019 (1 minggu)
- Cuti Akhir Tahun : 23 November hingga 31 Disember 2019 (5 minggu)
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan B di bawah ini :-
Semoga perkongsian tarikh Cuti Sekolah 2019 Takwim Persekolahan KPM boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ pelajar. Dengan adanya Takwim Persekolahan 2019 akan memudahkan anda dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga termasuk bercuti seisi keluarga.