Semak Online Senarai Sekolah Agama Secara Berdaftar Melalui Simpeni

Kini ibu bapa atau sesiapa sahaja boleh menyemak senarai sekolah agama secara online sama ada sekolah itu berdaftar atau pun tidak.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mewujudkan portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau Simpeni bagi memudahkan semakan dibuat.

Semakan boleh dibuat dari keseluruhan 3,874 sekolah agama yang berdaftar dalam pelbagai peringkat di seluruh negara, termasuk 1,586 peringkat rendah, 794 peringkat tadika dan 704 peringkat tahfiz.

Sekolah-sekolah yang disenarai termasuk Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta dan Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).

Untuk membuat semakan, sila layari portalĀ Simpeni.

Author: admin

Leave a Reply